Rahman sedang bertarung dengan ikan yang tak tahu dari spesis apa kerana ikan dapat melepaskan dirinya. Rod Xzoga digabungkan dengan kekili drum jenis Abu BigGame pun boleh kecundang.
Sijepun nie akan berposing sakan bila dapat naikkan ikan walau pun bukan hasil tangkapan beliau. Tak silap aku ikan kerapu merah nie si Rahman yang dapat.
Kampung Mukut, Tioman yang begitu mendamaikan jiwa apabila kita menjejaki kaki di sini. Pemandangannya yang indah dan penduduknya yang ramah tamah.
Tempat yang paling sesuai untuk kita beriadah bersama keluarga kerana di sini disediakan chalet untuk tujuan tersebut. Para pemancing juga dapat merehatkan dan menyegarkan diri kerana terdapat juga sebatang sungai yang airnya sejuk gile hingga kesejukkannya terasa sampai ke tulang.
Ahli- ahli kelab pemancing Nusa Damai yang kebanyak majoritinya dianggotai oleh penduduk taman Nusa Damai sendiri. Ada juga ahli dari taman- taman yang berada disekitarnya.
Mari kita beramai- ramai belajar cara- cara untuk menggunakan umpan soft plastic keluaran Berkley nie kerana ianya memang boleh diguna pakai apabila kita berada di padang pancing dengan cara ikatan Dropshot. Selamat mencuba. Jangan tak cuba. Kena buat eksperimen dulu baru tahu keberkesananya.